Pemusnahan candi Lembah_Bujang

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel meminta Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengisytiharkan Lembah Bujang sebagai tapak warisan dunia[4] berikutan pemusnahan candi nombor 11 oleh syarikat pemaju, Bandar Saujana Sdn Bhd[5][6] (Nombor pendaftaran: 291442-T)[7].

Menurut pengurus projek, Saw Guan Keat, semakan tanah di Pejabat Tanah Kedah telah dilakukan sebanyak dua kali, iaitu pada 14 Januari 2013 (sebelum pembelian lapan lot tanah daripada pemilik lama yang juga merupakan syarikat pemaju perumahan), dan pada 30 Julai. Kedua-dua semakan menunjukkan tanah tarbabit tidak terikat dengan apa-apa.[8] Pembelian tanah dilakukan dalam bulan Februari 2013.[5] Menurut Saw lagi, pelan pembangunan projek daripada syarikat pemaju sebelum ini telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Exco Negeri di antara tahun 1994 dan 1995.[8]

Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan dengan mengarahkan supaya syarikat berkenaan menghentikan kerja-kerja pembersihan tersebut. [9], [10]

Menurut Menteri Besar Kedah, Dato' Mukhriz Mahathir, kerajaan negeri akan menghantar dosier kepada UNESCO untuk menyenaraikan Lembah Bujang sebagai tapak warisan dunia di penghujung tahun 2014.[11] Pentarikhan karbon untuk menentukan usia peninggalan di tapak terbabit merupakan salah satu kriteria penting yang perlu diselesaikan sebelum menghantar dosier berserta dengan kajian ilmiah terkini mengenai Lembah Bujang.[11]

Rujukan

WikiPedia: Lembah_Bujang http://www.abcmalaysia.com/tour_malaysia/kdh_sight... http://syburi-times.blogspot.com/2013/12/kenyataan... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://bandarsaujana.com.my/ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Badanwa... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kemente... http://www.nst.com.my/nst/articles/26lembahbuj/Art... http://www.nst.com.my/nst/articles/35new/Article/a... http://www.sinarharian.com.my/nasional/mic-mohon-i...